KLIK UNTUK PROMOSI TERKINI

MASAKAN

Selasa

ALOE VERA

LIDAH BUAYA


Lidah buaya (aloe vera)
Selain menyuburkan rambut,ia juga dikenal berkhasiat untuk mengubati berbagai  penyakit. Di antaranya diabetes melitus dan serangan jantung.
Aloevera(lidah buaya) adalah salah satu tanaman ubat yang berkhasiat menyembuhkan berbagai penyakit. Tanaman ini sudah digunakan bangsa Samaria sekitar tahun 1875 SM.
Bangsa Mesir kuno sudah mengenal aloevera sebagai ubat sekitar tahun 1500 SM. Berkat khasiatnya, masyarakat Mesir kuno menyebutnya sebagai tanaman keabadian.
Seorang pengamal ubat-ubatan tradisional berbangsa Yunani bernama Dioscordes, menyebutkan bahwa aloevera dapat mengubati berbagai penyakit. Misalnya bisul, kulit memar, pecah-pecah, melecet, rambut gugur, buasir, dan radang tenggorok.
Fujio L. Panggabean, seorang peneliti dan pemerhati tanaman bat, mengatakan bahwa keampuhan lidah buaya tak lain kerana tanaman ini memiliki kandungan nutrisi yang cukup bagi tubuh manusia. Hasil penelitian lain terhadapnya menunjukkan bahwa karbohidrat merupakan komponen terbanyak setelah air, yang menyumbangkan sejumlah kalori sebagai sumber tenaga.
Makanan Kesihatan
Menurut seorang pengamal makanan kesihatan (suplemen), Dr. Freddy Wilmana,MFPM, Sp.FK, dari sekitar 200 jenis tanaman lidah buaya, yang baik digunakan untuk pengubatan adalah jenis Aloevera Barbadensis miller.jenis ini mengandungi 72 zat yang diperlukan oleh tubuh.
Di antara ke-72 zat yang diperlukan tubuh itu terdapat 18 macam asid amino, karbohidrat, lemak, air, vitamin, mineral, enzim, hormon, dan zat golongan ubat. Antara lain antibiotik, antiseptik, antibakteri, anticancer, antivirus, antikulat, antiinfeksi, antiperadangan,  antiparkinson, antiaterosklerosis, serta antivirus yang resisten terhadap antibiotik.
Mengingat kandungan yang lengkap itu, aloevera menurut Dr. Freddy bukan cuma berguna menjaga kesehatan, tapi juga mengatasi berbagai penyakit.ia juga mampu menurunkan gula darah pada diabetesi yang tidak tergantung insulin. Dalam waktu sepuluh hari gula darah jaadi normal  katanya.
Mengandung Antioksida
Menurut Dr. Freddy, beberapa unsur mineral yang terkandung dalam lidah buaya juga ada yang berfungsi sebagai pembentuk antioksida. Misalnya vitamin C, vitamin E, dan zinc.
Bahkan hasil penelitian yang dilakukan ilmuwan asal Amerika Serikat menyebutkan bahwa dalam Aloevera barbadensis miller terdapat beberapa zat yang mampu berfungsi sebagai antioksida, katanya. Antioksida itu berguna untuk anti penuaan, serangan jantung, dan beberapa penyakit degeneratif.
Lidah buaya bersifat merangsang pertumbuhan sel baru pada kulit. Dalam lendir nya terkandung zat lignin yang mampu menembus dan meresap ke dalam kulit. Lendir ini akan menahan hilangnya cairan tubuh dari permukaan kulit. Hasilnya, kulit tidak cepat kering dan terlihat awet muda.
Selain buasir, ia juga mampu mengatasi bengkak sendi pada lutut, batuk, dan luka, lidah buaya boleh membantu mengatasi sembelit atau susah buang air besar kerana lendirnya bersifat pahit dan mengandung laktasit, sehingga merupakan pencahar yang baik.
Sejauh ini, menurut Dr. Freddy, penelitian belum menemukan efek samping penggunaan lidah buaya. Jika ada masalah, itu hanya berupa alergi pada mereka yang belum pernah mengonsumsi lidah buaya.
Namun, yang perlu diingat, menurut Dr. Freddy, sifat tanaman lidah buaya hampir mirip dengan buah epal yang bila habis digigit langsung berwarna cokelat. Hal itu boleh menjadi tanda lidah buaya telah teroksida, sehingga beberapa zat yang dikandungnya rosak.
Memang tidak semua unsurnya rosak, tapi siapa yang mau hanya mendapat hampas? Kerana itu, sebaiknya segera digunaka ramuannya, baik yang diracik atau yang sudah diolah, agar lebih terasa manfaatnya
cara menggunakan Lidah buaya 
Radang tekak
Cara Meramu: 1 daun dicuci dan dikupas. Isinya dipotong-potong atau diblender. Tambahkan 1 sudu makan madu. Minum 3 kali sehari.
Ambeien
Cara Meramu: Setengah (1/2) batang daun dibuang durinya, dicuci, lalu diparut. Beri setengah (1/2) gelas air panas, kemudian peras. Tambahkan 2 sudu makan madu. Dalam keadaan hangat, minum 3 kali sehari.
Sembelit
Cara Meramu: Setengah (1/2) batang daun dicuci dan dikupas. Isinya dipotong kecil-kecil. Seduh dengan setengah (1/2) gelas air. Beri 1 sudu makan madu. Hangat-hangat dimakan 2 kali sehari.
Diabetes melitus
Cara Meramu: 2 batang daun, dicuci, dibuang durinya, dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air, lalu saring. Minum 3 kali sehari sesudah makan, masing-masing setengah gelas.
Penurun kadar gula darah
Cara Meramu: 1 pelepah ukuran besar (kira-kira seukuran telapak tangan) dibersihkan dengan mengupas kulit dan durinya. Rendam sekitar 30 menit dalam air garam. Ramas sebentar lalu bilas di bawah air yang mengalir. Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih. Dinginkan. Minum sebanyak 1/2 gelas, 2 sampai 3 kali sehari.
Penyubur rambut
Cara Meramu: 2 pelepah dicuci lalu kupas. Isinya digosokkan pada kulit kepala yang telah diramas pada sianghari. Bungkus dengan kain. Keesokan harinya rambut dibilas. Lakukan setiap hari selama 3 bulan.
Batuk yg berulang ulang
Cara Meramu: 20 g daun dicuci, dikupas, dipotong-potong. Beri 2 sudu makan madu. Minum 2 kali sehari. Ulangi selama 10 hari.
selamat mencuba

Khamis

PENJAGAAN KAKI DAN KUKU


PENJAGAAN KAKI
Jaga kebersihan dan kelembaban kaki, terutama di bahagian-bahagian tertutup yang sering berpeluh seperti di celah2 jari dengan menggunakan sabun maupun bedak khusus anti kulat dan bakteria. Sebaiknya jangan menggunakan produk yang mengandung wangian untuk menghilangkan bau tersebut, kerana selain sifatnya sementara juga akan menimbulkan bau lain yang lebih tajam drp sebelumnya. Selalu mengganti alas kaki 


PENJAGAAN KUKU KAKI
Potong kuku kaki secara teratur, tidak terlalu dalam dan tidak melebihi batas kuku bebas (ujung kuku) dan bagian kulit yang menyangga hujung kuku (hiponikium). Jangan mencungkil2- sisi kuku yang berbatasan dengan kulit, kerana dapat menyebabkan infeksi (jadi bengkak dan bau). Jaga kuku kaki tetap kering. Bagi seseorang yang pekerjaannya  selalu berada di air, usahakan


Kaki atau tangan Anda masalah? Pastinya, hal ini sangat mengganggu penampilan dan kehilangan percaya diri. Setiap wanita pastinya ingin agar kulitnya bersih, sehat dan terawat. Cubalah ambil buah nenas, selain nilai sebagai buah juga berfungsi untuk memperindah kaki, salah satunya untuk mengatasi masaalah (bagian tumit yang mengeras) pada tumit. Buah nanas dikupas, kulit bahagian dalamnya digunakan


Lembutkan tangan Anda saat Anda sedang memasak. Tambahkan sedikit minyak sawit (kira-kira satu sendok teh) di air cucian. Air ini akan melembutkan kulit sedang kandungan minyaknya akan menjaga kelembaban. buangkan sel kulit mati dengan larutan garam laut dan lemon. Gosokkan perlahan ramuan ini pada tangan dengan berus gigi yang sudah  terpakai. Lakukan ini seminggu sekali


Tentunya bagi para wanita ingin sekali tangannya indah, kerana dengan begitu Anda jadi terlihat lebih menarik dan tentunya membuat Anda lebih PD. Bahan yang akan digunakan sangat mudah dicari yaitu kita akan mempergunakan bahan kentang, mungkin Anda baru tahu kalau kentang memilliki manfaat yang lain selain di jadikan bahan makanan. 

JAMBU BATU


  • JAMBU BATU
  • Jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada manusia.
  • Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
  • Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
  • Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
  • Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
  • Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
  • Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
  • Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
  • Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
  • Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
  • Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
  • "Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya, '' ujar beliau.
  • Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.
  • Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
  • Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
  • Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.
  • "Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
  • "Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
  • Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
  • Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
  • Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.
  • Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
  • Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.
  • "Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
  • "Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
  • Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
  • Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
  • UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
  • Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.
  • Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
  • "Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk tablet.

Selasa

DAGING MASAK RENDANG JOHOR













Bahan-Bahan 
 200 ml minyak masak
4 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
2.5 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gulaBahan-bahan dikisar:

4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
15 tangkai cili kering(yg tahan pedas)
100 gm buah keras Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar keluar bau hingga garing.

Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.

Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.

Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.

Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.api jgn terlalu besar..
Bahan bahannya1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pekikan di rebus kemudian di kisar ,(simpan air rebusan)
1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but expensive)250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg sedap)100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat boleh abaikan)
bahan kisar
15 butir bawang merah (lebih pun sodap)10 ulas bawang putih1 inci halia1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh)8 batang serai - dihiris1 inci lengkuas2 sudu besar ketumbar1 sudu besar jintan manis1 sudu besar jintan putih (halus)sedikit udang keringbelacan1 senduk cili kisarminyak untuk menumis
Bahan2 lain
2 sudu besar kerisik250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1)asam kepinggaram secukup rasaserbuk perasa secukup rasa (tak suka boleh diganti ngan sedikit gula)Membuat kuah
Panaskan minyak di dalam periok. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau harumnyA
Masukkan santan dan ikan yang telah dikisar bersama airnya. Tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan sekali asam keping. Biar hingga mendidih. Sesekali kacau supaya tak berkerak di dasar periuk.
Bila dah menggelegak, masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa/gula. Kalau kurang rasa masam boleh tambah asam keping lagi. Kecilkan api sedikit tapi tidak terlalu kecil. Biarkan mendidih selama 1/2 jam lagi supaya bahan kuah jadi mesra dan pekat.Siap untuk dihidang. untuk ulam/hiasan daun selasih/daun kesum - hiris nipis bunga kantan - hiris nipis kacang panjang - potong kecil taugeh timun - buang empulur dan hiris nipis asam limau bawang besar - belah dua dan dimayang lobak masin - dicincang sambal belacan (kisar cili merah + belacan)
untuk hiasandaun selasih/daun kesum - hiris nipisbunga kantan - hiris nipiskacang panjang - potong keciltaugeh timun - buang empulur dan hiris nipisasam limaubawang besar - belah dua dan dimayanglobak masin - dicincangsambal belacan (kisar cili merah + belacan)
Kaedah menghidang
Masukkan speghetti ke dalam pinggan. Sendukkan sedikit kuah.
Taburkan bahan ulam/hiasan tadi.
Bubuhkan sambal belacan dan perahkan asam limau nipis atau sebagainya...

Ahad

pokok pegaga

Malaysia mempunyai 1200 spesis tanaman ubatan dan 60 spesis disenaraikan antara yang biasa digunakan. Sebanyak 15 % tanaman ubatan hanyaboleh terdapat di hutan hujan tropika.Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah Pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka.

Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C. 

Khasiat Pegaga Adalah:-
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin


Keterangan
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popul


ar orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia 

membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas
.

Kacip patimah

KACIP PATIMAH

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit. Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan. 

\Nama Saintifik : Labisia PumilaFamili Myrsinaceae
Nama Biasa : Kacip FatimahLokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand, Indochine

Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknlabisia pumila dari Famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

kacip patimah



Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknlabisia pumila dari Famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.


Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.


acip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit. Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan.

Sabtu

MENGKUDU

BUAH MENGKUDU

Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carrabien dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Di Malaysia, penggunaan mengkudu agak terbatas dan dipandang remeh. Kajian secara saintifik lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr. R.M Heineike.
Buah mengkudu telah dijadikan dalam bentuk jus untuk memudahkanpenggunaannya dan juga untuk menghilangkan rasa busuk. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar. Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji benihnya yang berupaya terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun, dapat menghasilkan buah yang silih berganti. Amalan Tradisi Semenjak dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan. Malangnya, kegunaannya terhad kepada ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau lebih tepat lagi sebagai awet muda.
Kajian Saintifik
Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti proxironine, asid kaproid, asid kaprilik, minyak penting, B-D-glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glucose, Asid ascorbik(vitamin C) dan damnacanthol. Beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai anti-bakteri melawan Escherichia coli, Salmonrlla typhi, Shigella paradysenteriac dan Staphylococcuss aureus. Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat membantu dalam memulihkan penyakit "hemorrhoidsm", hidung tersumbat dan "cerebral hemorrhage". Ia dapat juga membantu untuk meredakan "embolishsm" dan membantu untuk melancarkan aliran darah yang mugkin disebabkan ketulan-ketulan darah(ketulan darah ini terdapat dalam saluran darah dan mengurangkan perjalanan darah). Mengkudu juga bertindak sebagai" anti-oxidant" yang sangat baik. Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu adalah proxeronine. Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengudu ialah Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor yang boleh bertindak keatas beberapa jenis barah paru-paru. Beberapa kajian klinikal menunujukan mengkudu dapat menolong masalah penyakit buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sifat "anti-inflammatory" yang boleh membantu dalam merawat "arthritis". Dalam percubaan keatas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu. Secara umunnya, buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit dibawah. Semua penyakit-penyakit yang dicadangkan disini mungkin tidak memberi kesan yang sama:-
Tekanan Darah tinggi
Barah
Penyakit Jantung
Kencing Manis
Masalah Seksual
Lemah badan
Berat badan berlebihan(Kegemukan)
Masalah buah pinggang
Fikiran serabut
Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam
Arthiritis
Masalah penghadaman
Angin Ahmar
Masalah tidur
Ketagihan merokok
Masalah Penafasan
Kurang Tenaga
Batuk
Cacing
Gout
Asma
Resdong
Gastrik
Tumor
Luka Kecil
Kelimumur
Kebengkakan
Keracunan Makanan


KEAJAIBAN BUAH MENGKUDU
Bijinya digunakan sebagai julap Tidak banyak kegunaan pokok mengkudu kepada masyarakat negara ini melainkan daun dan buahnya yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu. Dalam beberapa ketika pula daun mengkudu dijadikan bahan ubatan traditional sebagai meniru amalan perubatan masyarakat dahulu kala. Mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf. Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. "Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit." Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan. Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. "Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali.." Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit.
Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii" "Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan." "Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993.
Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi" katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya.
Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin. Seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak" serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache Tree" dan "Cheesefruit". Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni. 
Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu. Khasiat Buah Mengkudu diantaranya Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant


Perhatian!
Buah mengkudu hanya membantu mengurangkan atau meredakan penyakit di atas dan bukannya menjamin menghilangkan penyakit. Ini adalah kerana tiada kajian saintifik ke atas semua penyakit tersebut yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau mana-mana badan di dunia. Perlu diingat, kesannya bergantung kepada tindak-balas badan setiap individu dan lama mana ia telah menghadapi penyakitnya. Jadi, untuk penyakit yang kronik atau sudah lama, ia mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu kesabaran adalah diperlukan dengan terus menggunakannya, insyallah

Selasa

MASAK UDANG SANTAN BERLADA

BAHAN - BAHANNYA :-)
500 g udang galah atau kertas dibersihkan
7 tangkai lada hijau, dibelah 2 potong empat
2 batang serai, dititik
6 biji belimbing buluh dibelah dua atau nenas masak
1 cawan pati santan
3 cawan santan cair
Garam dan sedikit gula
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, diketuk
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 inci belacan, dibakar*
1 camca besar udang kering*
10 tangkai cili kering (kerat dan rendam kemudian dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah/putih hiris, halia dan serai titik hingga harum, masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Guna api sederhana. Masukkan udang, gaul rata dan masak sekejap hingga udang kecut.
  2. Tuang santan cair dan biar mendidih, masukkan lada hijau dan santan pekat. Biar mendidih perlahan, tambah garam dan sedikit gula mengikut rasa. Masukkan asam belimbing dan masak hingga belimbing lembut. 
  3. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi  serta ulam sebagai pembuka selera.... Selamat mencuba..

Sabtu

AYAM MASAK HALIA


Bahan-Bahan
  • 4 ulas bwg putih di ketuk
  • halia sebesar ibu jari tangan di hiris nipis
  • 1 kg isi ayam di potong
  • 5 biji Cendawan butang
  • 5 sudu sos tiram
  • garam secukup rasa
  • minyak
  • Hirisan lada dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara

  1. tumis bawang & halia sampai wangi
  2. masukkan isi ayam, masak sampai separuh masak.
  3. masukkan sos tiram
  4. masukkan air kalau nak berkuah.
  5. akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan didihkan bersama hirisan cendawan butang
  6. sedia untuk dihidang selamat mencuba