JOM MAKAN DIGERAI MAK NUYAH KOTA TINGGI DAN BELAJAR MEMASAK MASAK PEDAS,MASAK ASAM,MASAK LEMAK,MASAK KARI,MASAK TAUCU,MASAK BENING,MASAK STIM HALIA,MASAK KICAP,MASAK MASAM MANIS ULAM HERBA
KLIK UNTUK PROMOSI TERKINI
Khamis
PENJAGAAN KAKI DAN KUKU
PENJAGAAN KAKI
Jaga kebersihan dan kelembaban kaki, terutama di bahagian-bahagian tertutup yang sering berpeluh seperti di celah2 jari dengan menggunakan sabun maupun bedak khusus anti kulat dan bakteria. Sebaiknya jangan menggunakan produk yang mengandung wangian untuk menghilangkan bau tersebut, kerana selain sifatnya sementara juga akan menimbulkan bau lain yang lebih tajam drp sebelumnya. Selalu mengganti alas kaki
PENJAGAAN KUKU KAKI
Potong kuku kaki secara teratur, tidak terlalu dalam dan tidak melebihi batas kuku bebas (ujung kuku) dan bagian kulit yang menyangga hujung kuku (hiponikium). Jangan mencungkil2- sisi kuku yang berbatasan dengan kulit, kerana dapat menyebabkan infeksi (jadi bengkak dan bau). Jaga kuku kaki tetap kering. Bagi seseorang yang pekerjaannya selalu berada di air, usahakan
Kaki atau tangan Anda masalah? Pastinya, hal ini sangat mengganggu penampilan dan kehilangan percaya diri. Setiap wanita pastinya ingin agar kulitnya bersih, sehat dan terawat. Cubalah ambil buah nenas, selain nilai sebagai buah juga berfungsi untuk memperindah kaki, salah satunya untuk mengatasi masaalah (bagian tumit yang mengeras) pada tumit. Buah nanas dikupas, kulit bahagian dalamnya digunakan
Lembutkan tangan Anda saat Anda sedang memasak. Tambahkan sedikit minyak sawit (kira-kira satu sendok teh) di air cucian. Air ini akan melembutkan kulit sedang kandungan minyaknya akan menjaga kelembaban. buangkan sel kulit mati dengan larutan garam laut dan lemon. Gosokkan perlahan ramuan ini pada tangan dengan berus gigi yang sudah terpakai. Lakukan ini seminggu sekali
Tentunya bagi para wanita ingin sekali tangannya indah, kerana dengan begitu Anda jadi terlihat lebih menarik dan tentunya membuat Anda lebih PD. Bahan yang akan digunakan sangat mudah dicari yaitu kita akan mempergunakan bahan kentang, mungkin Anda baru tahu kalau kentang memilliki manfaat yang lain selain di jadikan bahan makanan.
JAMBU BATU
- JAMBU BATU
- Jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada manusia.
- Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
- Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
- Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
- Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
- Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
- Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
- Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
- Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
- Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
- Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
- "Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya, '' ujar beliau.
- Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.
- Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
- Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
- Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.
- "Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
- "Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
- Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
- Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
- Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
- Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.
- Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
- Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.
- "Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
- "Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
- Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
- Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
- UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
- Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.
- Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
- "Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk tablet.
Selasa
DAGING MASAK RENDANG JOHOR
Bahan-Bahan
200 ml minyak masak
4 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
2.5 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gulaBahan-bahan dikisar:
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
15 tangkai cili kering(yg tahan pedas)
100 gm buah keras Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar keluar bau hingga garing.
Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.
Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.
Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.api jgn terlalu besar..
Bahan bahannya1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pekikan di rebus kemudian di kisar ,(simpan air rebusan)
1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but expensive)250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg sedap)100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat boleh abaikan)
bahan kisar
15 butir bawang merah (lebih pun sodap)10 ulas bawang putih1 inci halia1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh)8 batang serai - dihiris1 inci lengkuas2 sudu besar ketumbar1 sudu besar jintan manis1 sudu besar jintan putih (halus)sedikit udang keringbelacan1 senduk cili kisarminyak untuk menumis
Bahan2 lain
2 sudu besar kerisik250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1)asam kepinggaram secukup rasaserbuk perasa secukup rasa (tak suka boleh diganti ngan sedikit gula)Membuat kuah
Panaskan minyak di dalam periok. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau harumnyA
Masukkan santan dan ikan yang telah dikisar bersama airnya. Tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan sekali asam keping. Biar hingga mendidih. Sesekali kacau supaya tak berkerak di dasar periuk.
Bila dah menggelegak, masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa/gula. Kalau kurang rasa masam boleh tambah asam keping lagi. Kecilkan api sedikit tapi tidak terlalu kecil. Biarkan mendidih selama 1/2 jam lagi supaya bahan kuah jadi mesra dan pekat.Siap untuk dihidang. untuk ulam/hiasan daun selasih/daun kesum - hiris nipis bunga kantan - hiris nipis kacang panjang - potong kecil taugeh timun - buang empulur dan hiris nipis asam limau bawang besar - belah dua dan dimayang lobak masin - dicincang sambal belacan (kisar cili merah + belacan)
untuk hiasandaun selasih/daun kesum - hiris nipisbunga kantan - hiris nipiskacang panjang - potong keciltaugeh timun - buang empulur dan hiris nipisasam limaubawang besar - belah dua dan dimayanglobak masin - dicincangsambal belacan (kisar cili merah + belacan)
Kaedah menghidang
Masukkan speghetti ke dalam pinggan. Sendukkan sedikit kuah.
Taburkan bahan ulam/hiasan tadi.
Bubuhkan sambal belacan dan perahkan asam limau nipis atau sebagainya...

Ahad
pokok pegaga
Malaysia mempunyai 1200 spesis tanaman ubatan dan 60 spesis disenaraikan antara yang biasa digunakan. Sebanyak 15 % tanaman ubatan hanyaboleh terdapat di hutan hujan tropika.Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah Pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka.
Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.
Khasiat Pegaga Adalah:-
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin
Keterangan
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popul
ar orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia
membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas
.

Kacip patimah
KACIP PATIMAH
Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit. Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan.
\Nama Saintifik : Labisia PumilaFamili Myrsinaceae
Nama Biasa : Kacip FatimahLokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand, Indochine
\Nama Saintifik : Labisia PumilaFamili Myrsinaceae
Nama Biasa : Kacip FatimahLokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand, Indochine
Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknlabisia pumila dari Famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.
kacip patimah
Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknlabisia pumila dari Famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.
acip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit. Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan.
Langgan:
Catatan (Atom)